OxFoRd ErICsSoN
Friday, 24 February 2012
SPM berlangsung selama sebulan dan sehari sebelum paper akhir, aku mengundang 1 lagi dugaan yang berat dimana aku xcdent moto. Time tuh hujan lebat dan aku bersama 3 org kawan aku dari sekolah nak pergi rumah kawan aku Ridwan untuk study group wat paper yang terakhir esoknya. Dalam perjalanan selekoh dekat hospital, kawan aku jatuh moto dan aku dibelakang kawan aku cuba mengelak daripada melanggar kawan aku lalu aku menekan brek diselekoh terbabit menyebabkan tayar moto aku lincir dan jatuh.. 2 org yg jatuh drpd 4 org.. Yang dikatakan takdir Allah, kawan aku selamat dan x da luka apapn manakala aku plak tangan kanan tulang hampir nak terkeluar.. Jadi bengkok pastu aku mula nak pitam tapi kawan2 aku terus bawa ke hospital. Aku diberi bius dan bila aku sedar tangan aku bersimen. Aku jawab paper last SPM dekat hospital iaitu paper "penyediaan masakan barat & timur". Aku menggunakan orang perantaraan hendak jawab paper tersebut kerana aku x boleh tulis akibat tangan disemen. Masa sepatutnya 2 jam lebih tapi aku diberi masa selama 5 0r 6 jam... Memang lama tapi amat menyiksakan bagi aku.. Lepas habis jawab, semua kawan2 aku pergi enjoy sedangkan aku hanya terlantar di hospital. Aku x boleh buat apa2 melainkan tengok kegembiraan orang lain... Sementara tunggu result selama 3 bulan, aku bagaikan melukut di tepi gantang... Aku x boleh wat kerja apa2 padahal dalam hati aku ingin kerja & nak dapat pendapatan buat perbelanjaan hidup aku.. Tapi semuanya hanyalah angan2 yang aku sendiri x kecapi.. :( :( Hospital la sebagai rumah aku yang ke-2 ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment