Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh
Ramai
yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila
kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran
yang perlu kita hadapi.
Sudah
banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan
ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah
hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi
dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Percaya
pada pasangan
Apabila
kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah
baca 5 Tips
dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling
mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia
dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia
walaupun jauh
Memang
pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan,
kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari
mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah
kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan,
kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita
bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple
dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita
bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia.
Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah
walaupun seketika
Jangan
jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta
juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk
berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung
dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai
untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak
berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita
berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa.
Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa
rindu itu.
Tanyalah
khabar
Setiap
malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat
secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru
la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang
akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda
jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi
ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi
sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut
hari ulang tahun bersama
Sekiranya
tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama.
Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada
hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat
mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara,
tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah
pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian
apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan
jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta
jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang.
Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi
ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda.
Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat
untuk meneruskan cinta itu.
Akhir
kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan
penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih
sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh
itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara
untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang
kekasih yang setia.
No comments:
Post a Comment